Wednesday, August 12, 2009

Makluman dari Rumah IBU

salam sejahtera ... hari nie hanya makluman berbentuk formal akan dibicarakan. antara makluman dari rumah ibu kiter (PUSPANITA KPM) yang menarik perhatian Cik A untuk dipaparkan......

-----
AIR MINERAL PUSPANITA KPM
Dimaklumkan PUSPANITA KPM ada menjual drinking water keluaran PUSPANITA KPM. Sehubungan dengan itu sebagai menyokong aktiviti PUSPANITA KPM sebagai aktiviti menjana tabungan PUSPANITA KPM , semua warga KPM dialu-alukan untuk membelinya. Harga sebotol adalah RM0.70 (botol 500ml). Sesiapa yang hendak membuat pesanan sila hubungi Puan Sabrina Abdul Malik (03-8884 7536) atau Puan Noraida bt Alias (03-8884 7536). Jualan dijalankan sepanjang masa selagi ada stok.

-----
Cik A komen:
* lepas nie dlm semua mesyuarat kat JPN kiter guna jer air mineral KPM opsss drinking water laa, tak yah beli kat kantin yang cam mahal jer kan......minum air putih kan sihat, tak yah tea/kopi/milo semua hehehheheh

Tuesday, August 11, 2009

Kedudukan Kita

Di mana kedudukan Puspanita JPN Kedah...??? ada yang bertanya dan sudah tentu ada yang menanti jawapan. tetapi di mana pula jawapan nya...???

kepada yang arif, pohon dibetulkan jika ada yang salah ...

Puspanita JPN Kedah boleh didaftarkan sebagai Puspanita di jab. kita sebab penyertaan lebih dari 36 sahabat. Puspanita JPN Kedah adalah sedara kepada Puspanita JPN Perlis, Perak, Pulau Pinang dan negeri lain jika ada. Kita adalah anak kepada Puspanita KPM. Memandangkan kita berada di Negeri Kedah, kita juga adalah anak susuan kepada Puspanita Negeri Kedah. Kesemua Puspanita Negeri adalah sedara dan ibu mereka adalah Puspanita Kebangsaan. Begitu juga kepada semua Puspanita Kementerian di mana ibu mereka adalah Puspanita Kebangsaan. Jadi nenek kita adalah Puspanita Kebangsaan. Bagaimana pula dengan Puspanita di PPD dan Sek jika ada? Puspanita di PPD adalah anak kita dan Puspanita di Sek adalah cucu kita. Bagi Puspanita di jab2 lain, mereka adalah sepupu kita la. Jadi harap analogi yang digambarkan jelas. Dan juga harap2 penjelasan itu betul la kan.

Once anda mendaftar sebagai sahabat Puspanita, disarankan seumur hidup, anda adalah saudara di mana sahaja Puspanita berada. Soal duit dan pendaftaran adalah tidak penting kerana komitmen dan keikhlasan anda yang amat penting.

Kenali Puspanita JPN Kedah

---------------------------------------
PeNGeRuSi:
Puan Kamariah binti Md. Isa
---------------------------------------
TiMbAlAn PeNgErUsi:
Puan Naterah binti Ismail
---------------------------------------
BeNdAhAri:
Puan Che Normah binti Ahmad
---------------------------------------
SeTiaUsaha:
Puan Marsita binti Ahmad

---------------------------------------

Puspanita Negeri Kedah dapat bangunan sendiri

** berita nie dah lama, tahun 2008, pengerusi pun dan jadi mantan pengerusi.

Puspanita Negeri Kedah dapat bangunan sendiri

Oleh: NIK NURUL NADZIRAH NIK MD ZABARI
(peg.di SUK Kedah rasanya)

ALOR SETAR - Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Negeri Kedah telah mendapat bangunan sendiri yang terletak di jalan Sultanah Bahiyah, di sini. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultanah telah berkenan berangkat merasmikan Rumah Puspanita ini sempena sambutan Jubli Perak Puspanita.


Pengerusi Puspanita Kedah, Datin Paduka Hajah Sharifah Noor Aziah Syed Ahmad Shahabudin memberitahu, Rumah Puspanita ini akan digunakan untuk pelbagai aktiviti yang diadakan bagi menjalin silaturahim antara ahli-ahli dan orang ramai.


Menurutnya, sepanjang tahun 2008 sehingga Mac 2008 pelbagai aktiviti telah dijayakan oleh Puspanita Negeri Kedah dan sehingga kini Puspanita berjaya menarik seramai 2,500 kakitangan kerjaan menjadi ahli persatuan ini. “Rumah ini juga akan digunakan sebagai tempat ceramah, kursus, bengkel, forum dan seminar untuk mencapai tujuan tersebut,’’ katanya . Selain itu kegiatan Puspanita akan melibatkan keluarga ahli-ahli, khususnya anak-anak ahli. “Apa sahaja yang akan dilakukan oleh Puspanita tetap menitik-beratkan kepentingan dan kebajikan anak-anak,” katanya.


Turut sama pada majlis itu Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah YB Dato’ Paduka Haji Syed Unan Mashri Syed Abdullah, ketua-ketua jabatan dan ahli-ahli persatuan.


*** kalu sahabat nak guna rumah tue, cuba try call 04-7301957 pastu ckp la pegawai yang incharge pasal rumah Puspanita tue.

Biro Pendidikan, PUSPANITA KEDAH

Salam sejahtera dan salam Satu Malaysia ...

Untuk makluman sahabat puspanita, Biro Pendidikan, ICT dan Kesihatan yang dahulunya dipikul oleh Puspanita JPN Kedah kini telah diberi nafas baru dengan agihan baru di mana kini PUSPANITA JPN Kedah hanya diamanahkan dengan Biro Pendidikan. Tanggungjawab ini adalah selaras dengan organisasi kita yang sememangnya amat tepat.

** perancangan untuk pembinaan laman web PUSPANITA bagi Negeri Kedah masih dalam perbincangan dan kini mungkin akan dipindahkan tanggungjawab ke biro yang berkaitan. Namun kekangan kewangan telah mendorong agar Cik A membina laman blogspot ini sebagai alternatif kepada laman web tersebut. Tujuan nya sama jer, untuk hebahan serta penyertaan sahabat semua.

p/s: Cik A tue administrator la ekkk

------------------------------------------------

Mini Karnival Biro Pendidikan, ICT dan Kesihatan

** GAYA HIDUP SIHAT **

Tarikh: 04 Ogos 2009, Selasa
Tempat: Dewan Al-Farabi, BTPN
Masa : 8.30 pg- 1.30 tghr.

Pengisian:
(1) Ceramah Kesihatan - Gaya Hidup Sihat - oleh Jab. Kesihatan Kedah
(2) Ceramah Pendidikan - Masalah Sosial Remaja - oleh POLIS Kedah
(3) Pertunjukan ICT - Teknologi Masa Hadapan

Komen: Satu pujian kepada biro kerana berjaya menganjurkan mini karnival yang penuh pengisian bermakna dalam masa yang padat. Bukan ceramah dan pertunjukan sahaja yang disediakan, mini karnival ini juga memberi peluang berniaga kepada sahabat puspanita untuk berniaga dengan pembukaan mini gerai. Kepada tetamu dan pengunjung, makan minum yang sedap juga disediakan. Kepada yang menjayakan mini karnival, tahniah dan terima kasih dan kepada yang tidak berkesempatan, memang rugi. okies.......c'ya.


------------------------------------------------
Kelas Bahasa Al-Quran

Tarikh: setiap hari Rabu
Tempat: Bilik Anjung Perdana, JPN Kedah
Masa: 5.00 ptg. - 5.30 ptg

Komen: Kalu sahabat nak join, jemput la beramai-ramai ke majlis ilmu nie. Bayaran sangatlah bersesuaian. Kalu berminat, cuba call 04-7331311 pastu cakap ngan Kak Faezah.
------------------------------------------------
Lawatan Puspanita Kedah ke JPN Wilayah Persekutuan
Lawatan pada 23,24,25 Julai 2009. Rombongan telah ke JPN Wilayah Persekutuan dan tempat2 yang menarik. Antara yang paling menarik adalah Puspanita Negeri Kedah mengunjungi Al-Kuliyyah. Kepada sahabat yang perasan, kehadiran Puspanita "masuk TV3 hehehehhehe"
------------------------------------------------

Penyertaan sebagai sabahat PUSPANITA


Berminat mengaktifkan diri ke arah ber-persatuan, jom ramai2 kita join PUSPANITA especially PUSPANITA JPN KEDAH. PUSPANITA kini diberi nafas baru dengan penyertaan golongan suri, pegawai dan anggota perkhidmatan awam yang lebih fresh-muda la. Jadi kalu lebih ramai yang menyertainya maka boleh lah aktiviti yang lebih fresh dapat dilaksanakan agar PUSPANITA JPN KEDAH lebih happening. Kalu berminat, cuba call 04-7331311 pastu cakap ngan Kak Mas atau Kak Wan atau sapa2 jer yang dah masuk PUSPANITA. heheheheh

------------------------------------------------